affiliate

nuffnang

Monday 22 November 2010

diari mat despatch (smbgn 2)

smbungan

hahahaha...terase makin malas..tp disebabkan kebuhsanan melanda..so menjadi rajen la plak wat bnde ni..so..smbungan cerita..

2 januari
9.12pm(waktu malaysia-waktu aku tulis diari)

hari kedua aku ada diari. aku masih tidak pasti hendak tulis apa selain cuba melatih diri menggunakan bahasa melayu tinggi. jadi, tip BMT pada hari ini adalah penggunaan kata basahan. kata basahan bermaksud kata percakapan harian yang salah maksud penggunaanya. misalnya, 'siapa bagi awak hadiah?' penggunaan perkataan 'bagi' dalam ayat itu tidak tepat. perkataan yang tepat adalah 'beri'.begitu juga dengan ayat ini 'saya ingat dia tinggal dekat manjung'. penggunaan perkataan 'ingat' dan 'dekat' juga salah dalam konteks ayat. ayat yang betul adalah 'saya fikir dia tinggal di manjung'. baiklah, saya fikir cukuplah teori BMT bagi hari ini.

sekarang aku mahu tulis apa lagi? hari ini aku sebenarnya bercadang menulis lagi panjang. jadi aku cuba menetapkan apa yang aku mahu tulis di dalam diari ini selain berlatih bahasa melayu tinggi. aku cukup yakin, seperti mana kebanyakan kerja aku, aku akan menyimpang daripada matlamat asal dan matlamat sampingan. mungkin selepas ini aku lebih banyak merepek. jadi sebelum aku merepek, mungkin elok aku perkenalkan diri aku dahulu.

nama aku idlan rayyan bin zahid hamidi. panggil sahaja aku rayyan. tetapi itu bukan nama sebenar aku.aku agak ragu ragu bagi meletakkan nama sebenar aku keran aku takut sekirannya diari ini hilang, sekiranya hilang dan diambil oleh bunian, tidak mengapa. tetapi bagaimana sekiranya hilang kerana diambil oleh manusia?hanya ade dua kemungkinan, manusia itu pulangkan semula, ataupun manusia itu baca dan ketawa berdekah dekah.

aku sendiri dahulu sering meminjam diari rakan sekelas aku dan membacanye, kemudian aku ketawa berdekah dekah. aku ketawa bukan kerana diari itu sangat kelakar, tapi kerana rahsia di dalam diari itu.

misalnya diari milik org yang paling pandai di dalam kelas aku, seorg yang aku pikir agak skema. dia pendiam, menyisir rambut belah tepi, tali pinggang atas pusat, anti sosial, dan paling utama, dia ada diari.

aku sebagai lelaki yang punyai sifat mahu tahu ibnu battuta, maka aku pinjam diarinya.apabila aku baca, itulah tulisan paling kelaka pernah aku baca. rupanya budak lelaki paling pandai meminati budak perempuan yang paling tidak pandai tetapi sangat cantik. setiap hari dia menulis berkenaan budak perempuan itu.

ada dua ironi di sini, aku ketawa pada sesuatu hal yang serius, iaitu cinta.kedua seorang budak pandai suka kepada seorg yang tidak pandai. ironi inilah aku tidak paham. semoga dengan adanya diari ini, aku sendiri dapat mengalami ironi itu supaya aku menjadi paham.

apa yang pasti, diari itu sudah memalukan budak paling pandai di dalam kelas aku itu. paling kejam, aku menambah nambah kata kata romantis di dalam diari itu dan kemudiannya memberikan diari itu kepada budak perempuan yang dia suka. sekali lagi ironi terjadi, perbuatan kejam aku itu rupanya menghasilkan bahagia. daripada situ, akhirnya budak perempuan paling tidak pandai di dalam kelas akhirnya membalas cinta budak paling pandai di dalam kelas aku, dengar khabarnya mereka sudah ada dua org anak sekarang.

ironinya lagi, aku tak pasti sama ada aku ini berdosa kerana berbuat aniaya ataupun aku dapat pahala kerana menyatukan dua hati. apa yang pasti Allah pasti bersama org yang sabar dan benar. org yang sabar dan benar pada waktu tu bknlah aku. tapi budak yang paling pandai di dalam kelas aku tu.

atas sebab itulah aku tidak meletakkan nama sebenar aku. takut juga nnt tanpa aku sedar aku mula seronok menulis diari dan kemudiannya aku menulis berkenaan perasaan. kemudian seorg mat rempit mengambil diari aku dan membacanya. betapa malunya aku. malunya. membayangkan sahaha aku sudah malu, apatah lagi sekiranya ia benar benar terjadi

atas sebab keselamatan juga, aku merahsiakan nama kampung aku, sekiranya terpaksa letak, aku akan pinjam nama tempat yang ada di england,contohnya liverpool. itu suma bagi mengelakkan aku malu apabila diari ini dibaca.

bersambung......

No comments:

Post a Comment