sebab utam aku ada diari skang ni adalah kerana aku perlu berlatih menulis dalam bahasa melayu. tinggi atau singkatannya BMT. ini sesuatu yang aku baru pelajari. bahasa melayu tinggi membolehkan sesuatu buku itu menjadi evergreen. sekiranya aku menulis menggunakan bahase melayu tinggi pada tahun inim 50 tahun akan datang tulisan bku ini tetap org dapat baca dah paham. iulah yg dibagitahu kepada aku. teori tanpa praktikal, tidak memadai. jadi dgn diari ini aku harap, aku dapat praktikkan teori bahasa melayu tinggi yang aku belaja.
jadi sbb tu la aku ada diari kerana aku perlu berlatih, kerana pada miggi hadapan aku ada ujian menulis bagi menjd editor freelance atau dalam bahasa melayu tinggi, penyunting sambilan.syarikat penerbitan itu mahukan editor sambilannya lulus ujian menulis bahasa melayu tinggi. sebb nya mudah, seorang penynting juga mestilah seorg yang mampu menulis.. jadi bagaimana dia mahu menjadi penyunting apabila dia tak mmpu menulis? aku juga berpegang pada pesan cikge matematik sekolah rendah aku iaitu 'apabila kite menuliskan masalah kita atas kertas, lima puluh peratus masalah selesai',jadi dgn menulis diari dalam bahase melayu tinggi, lima puluh peratus masalah aku dah selasai, lebih nya aku selesai masa dalam ujian nnt..
apabila lulus barulah aku boleh jadi penyunting smbilan. suatu kerja yang sgt mulia utk aku kerana dgn kerja sambilan, aku ada duit lebih dan dgn duit lebeh aku tuh aku dapat hantas duit tuh kat ayah and ibu aku, aku juga dapat menabung bagi mengumpul kekayaan supaya nnt aku tak ada masalah meminang anak gadis org. tapi bagaimana sekiranya anak gadis bunian yang berkenan kat aku? pasti masalah duit tu tak timbul kerana biasanya org bunian sdah kaya raya dan mereka akan menculik org yang mereke berkenan.
misalnya ketua kampung aku sebelum dia jadi ketua kampung, ketua kg aku tuh mengaku penah diculik oleh org bunian dan org bunian tu tawarkan anak gadisnya kepada ketua kg aku sedangkan waktu tu dia hanya kerja sbgai kuli panjat pokok kelapa jer..upah nya satu sen bagi setiap biji. jadi dia kene ada seribu biji kelapa utk dapat kan sepuluh ringgit. tp ketua kg aku menolak dgn alasan yang aku sendiri tak paham, kata nya org bunian tak main bola sepak, sedang kan dia sgt2 minat maen bola sepak, tidak mgkin dia dapat ajak org bunian maen bola sepak sbb org bunian dapat terbang. bagaimana nk maen bola kalo derang dapat terbang? jadi betullah la pepatah moden,' tidur bola, makan bola, hidup bola'.
maaf aku agak merepek menceritakan berkenaan org skema, org bunian, dan seterusnya ketua kg aku, mgkin aku agak teruja dan gementar kerana buat pertama kali nya dalam hidup aku ada diari. sbnarnya aku tak mampu nk beli diari yang ada tulis pekataan diari pada kulitnya. jadi aku beli buku panjang ni. murah dan mudah. lagipon belom tentu aku mahu tulis diari ni hari2. jadi agak mmbazir kalo aku beli diari yang mahal. guna buku ni pon boleh,. boleyh tulis panjang dan org pon tak pikir ini diari.
oleh kerana tujuan utama aku buat diari ni adalah bagi melatih penggunaan bahasa melayu tinggi aku, jadi aku akan tuliskan juga tips2 menggunakan bahasa melayu tinggi yang betol. mengikut kata cikgu jamil, ckgu geografi aku, perkara yang ditulis akan mmbuatkan kita igt. aku cuba mecatat stiap teori bahasa melayu tinggi yang aku belaja di dalam diari ini, pada stiap hari. semoga aku semakin paham dan dapat kerja sebagai penyunting sambilan.
tips2 BMT pertama pada hari pertama diari aku ini adalah penggunaan kata singkat seperti ni, tu, je dan sebagainya. dalam BMT, penggunaan kata singkat itu tdk dibenarkan dan ia perlu digantikan dgn kata standart, misal nya ni=ini,tu=itu,je=sahaja, dan seterusnya. contoh ayat yang tidak menggunakan BMT, ' saya makan nasi je. korg makan apa plak?' apabila mggunakan BMT, "saya makan nasi sahaja. kamu makan apa pula?'
rase nye tu jer hari ini, aku pon tak tahu nk tulis apa lagi. jd dgn ini aku merasmikan diari aku yang pertama dgn kalimat ' dgn nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasihani'.
huh..baru page 5..sume ade 156 page..tape2..slow2 la eyh..hahaha
No comments:
Post a Comment