tadi aku baru je bagitahu nama samaran aku yg agak 'hero novel cinta' sifatnya. jadi kalo ini aku nk bagitau berkenaan latar belakang aku sperti pendidikan dan kerja aku. maklumat latar belakang ni agak tepat kerana aku tak tahu mcm mane nk rahsia kan nye. lagipon bagaimana aku nk muhasabah diri aku apabila mklumat latar pendidikan dan kerje pon aku nk tipu.
jd aku nk start balik. nama aku idlan rayyan bin zahid hamidi. aku lelaki tulen yang berumo 24 taun. tggi aku 180cm. berat 73 kg. aku ade degree pentadbiran perniagaan dari local universiti. pengkhususan aku plak dalam bidang bank.. aku baaru je setaun dapat degree. patut nye aku keje kat bank lah kan dgn gaji plak mesti lumaya, tp kegawatan ekonomi dan lg ramai org pandai cakap bi daripada aku, so skang aku keje kat sbuah syarikat ejen import export di kelang, slangor.
aku baru je keje selama 3 bulan, dan sblm ni aku cume duk umah tunggu surat twaran kerja dan tak ade pon surat twaran kerje yang datang melaenkan surat yang mmbawa makluman dukacita. oleh kerana ayah dan mak aku sudah byk kali tego aku aktiviti aku yang makan tdo je tuh. so aku pon tepksa la gagahkan ati g keje walaupon cume jd penghantar dokumen.
gaji aku keje disitu juz rm1000 jer.walaupon aku keje kat syarikat ejen import export, aku juz runner atau despatch atau dalam bahase melayu tinggi nye, sebgai penghantar dokumen. sama ada dokumen itu dari pengimport, pengexport, kastam ataupun syarikat.
itulah penangan dunia keje, mujurlah aku sgt suke kat moto. jadi aku takde lah masalah nk nikmati dan berbahagia dng kerja aku, tp bagaimanapon, bahagia aku juz pada waktu keje jer sbb lepas aku balik keje, aku sudah duduk di dalam bilik. aku tepakse nk pikir sewa rumah, bil elektrik, bil air. duit gaji aku langsung tak cukup apatah lagi aku skang tggal di pinggir kota metropolitan kuala lumpurm iaitu serdang..(ceh)
mujur aku belum ada gf, so aku tak perlu nk pikir adiah ari jadi, adiah ulang tahun perkenalan, adiah ulang taun pecintaan, dan beberapa lagi tarikh yang biasanya sgt diigt manusia bernama pompuan. rupe nye haus juge tulih diari ni..aku minum dulu...
bersmbung.....
No comments:
Post a Comment