affiliate

nuffnang

Monday, 10 January 2011

kisah lawak seorang pak dukun

Di pedalaman perkampungan Borneo, datang seorang mat saleh yg bernama Mr. John. Hobinya adalah jungle trekking. Tapi ada satu yg merisaukan dia ketika trekking iaitu keadaan cuaca yg tak menentu..

Orang kampung menasihati Mr. John supaya mendapatkan ramalan drpd Pak Dukun kerana ramalan dia selalunya sangat tepat..


Mr. John: Penduduk kampung said, uncle pandai meramal cuaca. Hm, can i know, tomorrow hujan or tidak?

Pak Dukun: Hujan.

Mr. John: Owh, really? Thanks ya. Tomorrow i takkan masuk hutan.


Keesokan harinya, Mr. John datang lagi utk mendapatkan ramalan Pak Dukun.


Mr. John: Uncle, tomorrow hujan atau tidak? 

Pak Dukun: Tak hujan.


Lepas dengar ramalan Pak Dukun, Mr John segera menyiapkan semua kelengkapan dia untuk masuk ke hutan. Aktiviti jungle trekking dia berjalan sungguh lancar. Dia rasa sangat gembira sekali.

Pada malam tu, Mr. John datang bertemu lagi dengan Pak Dukun untuk dapatkan ramalan hari esok pulak..


Mr. John: Wow, ramalan uncle memang tepat. I sungguh tak sangka. Can i know cuaca esok pula uncle?

Pak Dukun: Saya tak tau la. Harini radio saya rosak..

Mr. John: ..................

No comments:

Post a Comment