affiliate

nuffnang

Friday, 7 January 2011

Ni baru betul Jambatan Gantung...!!!


kalau nak tahu ni la jambatan gantung paling rare didunia diulang paling rare.!!! hahaha..dimana jambatan gantung ni tersangat la membahaya coz hanya menggunakan tali dah kepingan2 kayu.Jambatan Gantung ni di beri nama "Hussaini" dan digunakan di Tasik Borit Pakistan.walaupon bahaya jambatan ni masih digunakan kerana nilah satu-satunya cara bagi mereka(penduduk pendalaman) untuk pergi ke bandar-bandar besar Pakistan


tgk slambe je makcik ni gune jambatan ni hahaa..
hati cukup kering


korang jgn kata ni photoshop plak...


jauh tu.


perasan x kayu2 ni cam diselit2 je dekat tali.


dil to pagal hai sungguh..


enjoy~~~



tahukah anda....

1. Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.
2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan. 

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi. 







5. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet. 

6. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar. 

7. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan. 

8. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan. 

9. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

p/s Jangan Marah Erk

bakat dari kertas













so...enjoy~~~







magix





Thursday, 6 January 2011

hasil seni garfu















so enjoy~~~




10 tempat yang tak sesuai dikunjungi



1.The Zone of Aleniation

Saper pernah main game CALL OF DUTY mst kenal gmbr ni
Zona terasing daerah terpencil yang terletak sekitar 19 km dari lokasi bencana reaktor nuklear Chernobyl dan memiliki pentadbiran khusus di bawah jabatan yang menangani situasi darurat di Ukraina. Ribuan warga menolak untuk berpindah dari zone terasing ini dan secara haram kembali ke sana. Sekitar setengah dari pendatang haram ini tinggal di kota Chernobyl yang lainnya bersepah di desa-desa di seluruh zone. Kerana di tempat ini banyak polisi yang agresif – jadi berhati-hatilah, jika Anda datang ke sini. Anda mungkin akan mati ditembak atau terkena radiasi nuklear. Info terbaru sekarang tempat ini sudah boleh di kunjungi kerana tahap radioaktifnye tidak merbahaya dan sama seperti hiroshima dan nagasaki jepon.

2.Alnwick Poison Garden
Alnwick Garden adalah kebun tanaman yang sepenuhnya diisi oleh tumbuhan beracun yang dapat membunuh. Banyak tanaman itu yang tumbuh kerana experimen pelik dan mengerikan di belakang kebun, beberapa tumbuhan tumbuh di kampung Inggris yang terpencil, serta banyak lagi kelainan yang tidak boleh terlihat di luar. The Alnwick Garden memiliki lesen Home Office untuk menanam tanaman yang sangat khusus dan secara sah iaitu, ganja dan kokain yang terdapat di sebalik jeriji besi di kandang raksasa dengan alasan yang tertentu (agar tidak dpt memetiknya oleh orang yang tiada kebenaran ).


3. Pulau Izu

Terletak di wilayah Jepon. Pulau ini udaranya dipenuhi gas sulfur tahap tertinggi di dunia. Tapi masih ada yang tinggal disana.Orang-orang di pulau ini kehidupan harian harus memakai topeng.


Ketika malam, siren akan berbunyi kerana kandungan gas sulfur akan meningkat lebih tinggi lagi sehingga jika terhidu boleh membawa maut. Orang-orang disana menghabiskan hidupnya dengan penuh berhati - hati.


mereka juga dibayar oleh para pengkaji.. Mereka dibayar kerana pengkaji ingin tahu bagaimana manusia hidup dengan topeng di udara penuh sulfur. Satu lagi yang menarik. Di pulau ini juga ada gunung berapi yang menghasilkan gempa sangat dahsyat. Bagaimana..?? berniat dibayar oleh para pengkaji dan tinggal di Pulau Izu…??


4. The Door to Hell

Semasa melakukan penggalian di Derweze Turkmenistan pada tahun 1971, ahli geologi tidak sengaja menemui sebuah gua bawah tanah yang penuh dengan gas semulajadi. Untuk menghindari pembuangan gas beracun, para ilmuwan memutuskan untuk membakar lubang tersebut. Geology berharap api akan padam dalam beberapa hari tetapi api tetap tidak berhenti sejak itu. Penduduk setempat telah menamakan tempat ini gua Pintu ke Neraka.

5. Great Pacific Garbage Patch


Great Pacific Garbage Patch, atau yang disebut sebagai Vortex Sampah Pasifik, merupakan kumpulan sampah laut di tengah lautan Pasifik Utara. gabungan sampah laut ini dipenuhi dengan bahan beracun yang sangat tinggi dari plastik, kimia lumpur, dan sampah yang telah terperangkap oleh arus Pasifik Utara. Sebahagian besar isinya tenggelam di bawah permukaan laut. Ini bukan tempat untuk dikunjungi oleh manusia . Baunya tak yah cite laa.

6.Pulau Ular

Di pantai Brazil, sebelah selatan São Paulo, ada sebuah pulau yang bernama Ilha de Queimada Grande (Pulau Ular). Pulau ini tidak tersentuh oleh manusia dengan alasan yang sangat baik. Para pengkaji memperkirakan bahwa di pulau itu hidup antara 1 – 5 ular setiap meter persegi. Angka itu mungkin tidak begitu mengerikan jika ular itu katakanlah 2 inci panjangnya dan tidak berbisa. Masalahnya, Ular di Queimada Grande adalah spesies pit viper, lancehead emas. Ular lancehead bertanggung jawab atas 90% kematian di Brazil yang berasal dari gigitan ular. lebih Parah lagi, Lancehead emas yang didapati di Pulau Ular membesar hingga lebih dari setengah meter panjangnya, dan mereka memiliki racun yang kuat yang dapat mencairkan daging di sekitar gigitan mereka. Tempat ini begitu berbahaya hingga perlu keizinan dari pemerintahan setempat untuk mengunjungi pulau ini.

7.Jalan Yungas

Jalan Yungas Utara adalah jalan sepanjang 69 km yang menghubungkan antara La Paz dan Coroico. Jalan ini terkenal kerana dikira telah memgorbankan sekitar 200-300 pelancong setiap tahun. Ini adalah salah satu dari beberapa laluan yang menghubungkan daerah hutan hujan tropika Amazon, ke ibukota provinsi. Yang membuat jalan ini ekstrim adalah posisi jalan yang terletak 600 meter dari daratan, lebar laluan yang sangat sempit untuk dilalui – sebahagian besar jalan lebarnya kira dari 3,2 meter dan kurangnya penghadang jalan ditambah dengan hujan, kabus dan debu boleh membuat pelawat berkurang. Di kebanyakan bahagian, permukaan jalan berlumpur.


8.Gunung berapi lumpur di Azerbaijan

Gunung berapi lumpur di Ajerbaizan ini tidak sama seperti gunung berapi biasa. Setiap dua puluh tahun atau lebih, gunung lumpur meledak dengan kekuatan besar, menembak api ratusan meter ke angkasa , dan menumpahkan beberapa ton lumpur di daerah sekitarnya. Dalam satu ledakan, api dengan mudah boleh dilihat dari 15 kilometer jauhnya, dan masih menyala.


9.Pulau Ramree

Pulau Ramree di Burma adalah sebuah kawasan besar yang merupakan rumah bagi sekitar 1000 buaya air masin, yang paling bahaya di dunia. Juga rumah bagi nyamuk malaria, dan kalajengking berbisa. Semasa Perang Dunia Kedua, pulau ini adalah lokasi pertempuran selama enam minggu. Ini adalah gambaran tentang salah satu malam yang mengerikan: “Malam itu [ 19 Februari 1945] adalah malam paling mengerikan yang pernah dialami oleh anggota kru perang. Tembakan senapang yang di serata tempat di kawasan yang gelap gulita berganti dengan jeritan orang yang hancur di rahang reptilia raksasa, dan bunyi buaya yang sedang berenang mencari mangsa . Dari sekitar 1.000 tentera Jepon yang memasuki kawasan Ramree, hanya sekitar 20 yang ditemui hidup. “

10. Asbestos Mine
Asbestos adalah serangkai enam silikat mineral alami yang sangat terkenal serasi dengan api dan ketahanan terhadap kemampuan penyerapan suara. Di sisi negatifnya, mineral ini menyebabkan Kanser dan berbagai penyakit lain. Hal ini sangat berbahaya sampai Uni Eropa telah melarang semua perlombongan dan penggunaan Asbestos di Eropah. Di Kanada di Thetford Mines, Anda dapat mengunjungi lubang Asbestos yang sangat besar di lombong terbuka yang masih beroperasi penuh. Tiket percuma jika Anda ingin mengunjungi, jangan lupa lengkapi tubuh anda dengan baju bio-hazard lengkap.


so...enjoy.....

Saturday, 1 January 2011

tuhanku.....

Aishah – Doa


Tuhanku

Dalam termanggu

Ku sebut nama-Mu

Biar susah sungguh

Mengingati Kau

Penuh seluruh

Tuhanku cahaya-Mu panas suci

Bagai kerdip lilin

Di kelam sunyi


Tuhanku

Aku hilang bentuk

Kembara di negeri asing

Tuhanku

Pintu-Mu ku ketuk

Aku tak bisa berpaling



Artikel Aishah – Doa ini dipersembahkan oleh funlirik.com Lirik Lagu Indonesia. Kunjungi Juga Download Mp3 Gratis untuk download lagu indonesia terbaru.